Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda sedikit tips bagaimana cara membuat ulangkaji Matematik. Sepanjang pengalaman saya mengajar tiusyen matematik, saya dapati bahawa kebanyakan pelajar sangat suka membuat latihan soalan contoh daripada buku teks atau rujukan sambil melihat jalan kerja yang telah disediakan di dalam buku tersebut.
Pada saya cara begini adalah salah kerana dengan melakukan begini akan mendatangkan perasaan 'takut buat salah' dalam diri pelajar semasa buat latihan. Perasaan takut ini akan menyekat daya kreativiti pelajar untuk menjawab latihan matematik tersebut mengikut gaya tersendiri (seperti yang telah ditetapkan oleh hukum2 matematik). Cara yang betul semasa membuat latihan matematik ialah bermula daripada soalan2 contoh yang disediakan dalam buku2 rujukan:
1) Lihat soalan sahaja! (tanpa melihat jalan kerja yang telah disediakan.
2) Semasa buat latihan ini, pelajar boleh malah digalakkan melihat formula2 yang berkaitan dengan soalan tersebut.
3) Jawab soalan dengan penuh yakin tanpa perlu risau sama ada jalan kerja yang anda lakukan adalah betul ataupun salah. (Sudah tentu kemungkinan besar akan salah; lagipun anda baru pertama kali membuat latihan tu kan? - So what do u aspect? :)
4) Just do it!!! Buat saja!!!
5) Setelah selesai menjawab, barulah lihat kepada jalan kerja seperti yang ditunjukkan oleh buku rujukan.
6) Sekiranya jawapan anda betul, teruskan dengan latihan yang seterusnya. Sekiranya jawapan anda salah, jangan buang kertas tu!! Sebaliknya, rujuklah ia kepada guru2 sekolah atau guru2 tiusyen anda.
7) Buat SEMUA soalan contoh yang ada.
8) Melalui langkah yang sama, buat SEMUA soalan latihan yang disediakan dalam buku rujukan anda TANPA TERKECUALI.
Sekian saja dulu tips saya buat masa ini. Berjumpa lagi untuk tips2 yang akan datang. Selamat mencuba!
- "We have no choice in this life but only to be the BEST!!"
No comments:
Post a Comment