Wednesday, June 17, 2009

Hati-hati memilih kawan

Memilih kawan adalah perkara sangat penting dalam hidup kita. Jika kita ingin lihat bagaimana keadaan kita sekarang dan bagaimana masa depan kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan pada masa ini. Ada berbagai jenis kawan. Kawan yang saya maksudkan di sini ialah kawan2 yang rapat dengan kita. Hari ini ada seorang pelajar sekolah menengah mengadu pada saya yang dia telah dipulaukan oleh rakan2 sekelas, hanya semata2 disebabkan dia rapat dengan guru kelasnya. Sebenarnya bukanlah dia rapat dengan guru kelas tetapi oleh kerana dia adalah seorang yang proaktif di dalam kelas, maka sudah tentulah gurunya akan memberikan perhatian yang lebih sedikit kepadanya - itu sahaja; tidak lebih daripada itu.

Sebelum ini gurunya (sayalah tu) sudah pun mendamaikan mereka tetapi nampaknya perkara yang sama berulang kembali. Jadi sebagai jalan penyelesaiannya saya perkenalkan dia dengan rakan2 yang baru (sudah tentu yang baik2 akhlaknya dan matang pemikirannya). Saya berpesan kepada beliau agar jangan risau tt rakan2 yang lain tu sebab kawan boleh dicari.

Sebenarnya, kawan2 kita mencerminkan siapa kita. Dan kalau kita ingin mengenali seseorang, kita boleh lihat dengan siapa dia berkawan sebab kawan2nya itulah melambangkan dirinya yang sebenar. Pepatah Inggeris ada menyatakan "Birds and feathers flock together". Dan inilah yang diperhatikan oleh Saidina Umar r.a. ketika memilih bakal2 gabenor yang bakal beliau lantik.

Seorang pakar motivasi di US mengatakan bahawa ada tiga faktor kejayaan:
1) Dengan siapa kita bergaul atau berkawan
2) Buku apa yang kita baca
3) Kursus apa yang kita ikut.

Saya sangat berhati2 dalam memilih kawan kerana kawan akan memberikan kesan secara langsung kepada peribadi kita. Jadi samalah kita memilih kawan2 yang positif kerana ini akan menyumbangkan kejayaan dalam hidup kita. Semoga berjaya.. amin! :)

1 comment:

ainn said...

salam..ainn here!
yup..
memilih kawan yang baik akhlaknya memang penting dalam kehidupan kini..tetapi tidak bermaksud untuk melupakan mereka yang sebaliknya...sekiranya anda yakin dengan kekuatan yang ada pada diri anda untuk mengubah seseorang yang negatif..dampingilah dia...tetapi jika sebaliknya jauhilah dia..kerana kelak anda mungkin terjunam bersamanya sekiranya lemah!