Hari ini saya berpeluang berbicara dengan para pelajar sekolah menengah yang mengambil matapelajaran sains. Kebanyakan pelajar mendapat markah rendah pada peperiksaan pertengahan tahun baru2 ni.. Saya bertanya daripada hati ke hati kepada para pelajar tersebut;
"Kenapa kamu semua mendapat markah rendah dalam subjek sains baru2 ni?"
Alasan yang diberikan oleh kebanyakan pelajar ialah sebab tak faham bahasa Inggeris. Malah tak kurang juga yang 'memberontak' kerana tidak setuju matapelajaran sains diajarkan dalam bahasa Inggeris! "Susahlah cikgu guna bahasa Inggeris ni!!", "Dulu masa saya belajar sains dalam bahasa Melayu selalu dapat markah tinggi, sekarang nih.... selalu dapat markah rendah.." dan macam2 lagilah alasan yang diberikan.
Padalah sebelum ini saya telah berpesan supaya membawa kamus di dalam kelas dan gunakan kamus setiap kali mengulangkaji pelajaran sains. Bila saya tanya,"Kamu ada buat ke macam yang saya pesan?". Sambil tersengih2 mereka menggelengkan kepala mereka cakap,"Tak cikgu..". Alasan? tak perlulah ditanya kerana tidak ada sebab lain selain daripada 'malas nak bukak kamus', 'malas nak bawak, beg berat' dsb..
Kemudian bila saya tanya,"Berapa ramai dalam kelas ni yang fail subjek bahasa Inggeris pada ujian yang lepas, cuba angkat tangan?". Cuma sedikit sahaja yang angkat tangan. Ini bermaksud kebanyakan pelajar memahami bahasa Inggeris! Namun bila bila ditanya kenapa masih juga tidak faham sains? Mereka memberi alasan, "Tak faham teori....", bla.. bla.. bla..
Syam: "Habis tu kenapa tak tengok kamus?"
Pelajar: Diam
Syam: "Kenapa tak tanya cikgu?"
Pelajar: Diam
Moral of the story; jangan suka cipta alasan kerana alasan hanya akan menghalang kita daripada terus maju ke hadapan. Kita terlalu banyak fikirkan tentang masalah tanpa memikirkan penyelesaian. Jutawan terkenal dunia Donald Trump berpesan:
"Focus on the solution (Fokuslah pada penyelesaian)"
Apabila kita fokus pada penyelesaian, kita akan menjadi lebih kreatif dan daya pemikiran kita akan berkembang dan insyaAllah pasti akan dapat penyelesaiannya. Percayalah kerana ini adalah janji Allah! Dari manakah datangnya masalah kalau bukan dari Allah? Dari manakah pula datangnya penyelesaian kalau bukan dari Allah jua?" Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:
Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu itu berpasang-pasang, sama ada yg dikeluarkan dari bumi atau pada diri kamu. sama ada kamu mengetahui atau tidak".- (Surah Yasin, ayat 36).
Perhatikan perkataan2 yang saya 'bold'kan. Ayat ini dengan terang menyatakan setiap sesuatu ada pasangan; ini bermakna jika ada masalah, pasti ada PENYELESAIANnya... Jadi kepada semua pelajar, hentikanlah sikap memberi alasan dan gantikanlah ia dengan KEJAYAAN! Saya akan sentiasa bersama2 anda semua! Selamat maju jaya! :)
No comments:
Post a Comment