Sunday, June 7, 2009

Hormat Guru Berkat Ilmu

Akm wbt. & Hi;

Pada 1 hingga 4 June 2009 yang lalu saya telah memberikan ceramah mnotivasi kepada para pelajar darjah 6 di SRK Desa Pandan, Kuala Lumpur. Sambutan yang diberikan oleh semua pelajar sangat menggalakkan, alhamdulillah. :)

Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda semua ialah satu isu penting yang sempat saya utarakan ialah Menghormati Guru. Hari ini ramai pelajar yang tinggi daya pemikiran tetapi kurang menghormati guru2 mereka. Saya mendapat response begini hasil daripada perbualan dengan guru2 skolah yang saya kenali.

Kepada semua sahabat2, ingin saya pesan bahawa hormatilah guru2 kita kerana ini akan memberikan keberkatan ilmu yang kita pelajari. Apakah maksud berkat? Dengan adanya keberkatan ilmu, maka ianya akan menjadi sumber kebahagiaan dalam hidup kita. Perkataan lain yang boleh disamakan dengan berkat ini ialah 'Good Karma'. Jika kita tidak menghormati guru2 kita, percayalah hidup kita takkan bahagia.

Marilah kita sama2 menghormati guru2 kita semua agar memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat, amin!

No comments: