Kenapa Sains susah!!
Syam: “Cuba terangkan pada saya tentang system peredaran darah dengan mengkhususkan tentang fungsi jantung”.
Pelajar tersebut cuba recall (dengan bersungguh2 sambil mata yang terkebil2 melihat ke atas) tentang fakta yang berkaitan dengan system jantung. Dia dapat menjawab dengan tepat.
Syam: “Bagus!” Saya memujinya. “Tapi ada satu masalah; kamu akan terlupa fakta2 ini setelah sekian lama nanti, betul?”
Pelajar: “Betul cikgu.”
Inilah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar. Pelajar terlupa segala fakta2 yang telah dihafal pada masa lepas apabila masa berlalu terutamanya apabila mereka mempelajari topik2 yang baru dan lebih mencabar (pada anggapan mereka).
Salah satu sebab utama mengapa para pelajar terlupa tentang topik2 yang lepas ialah kerana
1) Anda belajar semata2 hanya untuk lulus peperiksaan. Justeru itu, anda menghafal tanpa penghayatan/perasaan. Jadi, pelajar menghafal tanpa menggunakan keseluruhan potensi otak anda. Perkataan “hanya untuk lulus periksa” menyebabkan anda memprogramkan minda bawah sedar anda bahawa segala data yang dihafal akan ‘ter-delete’ selepas sahaja anda selesai menjalani peperiksaan!
2) Sewaktu mengulangkaji pelajaran, pelajar terus pergi kepada perkara2 yang detail dalam setiap topik tanpa memahami konsep keseluruhan (pandangan helicopter) terlebih dahulu. Jika ini berlaku, anda akan menghafal dalam keadaan ‘paksa-rela’ kepada minda anda; dengan ini, anda akan cepat rasa jemu dan letih kerana setiap aktiviti yang berbentuk paksaan akan menyebabkan tubuh mengeluarkan tenaga yang lebih – pembaziran tenaga berlaku. Hafalan yang berbentuk paksaan juga akan menyebabkan memori yang tersimpan dalam minda tidak akan bertahan lama dan kebanyakan data yang anda simpan dalam minda akan hilang setelah anda selesai menjalani peperiksaan.
Jadi nasihat saya kepada para pelajar supaya hayatilah apa yang dipelajari dengan jiwa (penuh dengan imaginasi) dan bukan dengan analisa dan maklumat yang ‘kering’ semata-mata. Kita biasa mendengar
“Knowledge is power!”
No comments:
Post a Comment