Friday, July 10, 2009

Positive Minded

Positive Minded!

Akm wbt..

Kita biasa dengar perkataan 'positive thinking'. Saya perlu akui bahawa saya menulis satu topik yang agak berat untuk diamalkan oleh saya sendiri. Saya baru sahaja menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Alam Sekitar. Dipendekkan cerita, seminar ini berkenaan dengan pertandingan 'semangat cintakan alam sekitar' yang mana aktivti2 ini memerlukan sedikit sebanyak komitmen daripada para peserta untuk memenangi pertandingan yang melibatkan sekolah2 di seluruh Malaysia.

Apa yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis post hari ini ialah reaksi yang diberikan oleh sesetengah peserta seminar apabila pihak penganjur menunjukkan slide2 sekolah2 yang telah memenangi pertandingan tersebut. Perkataan2 yang terpacul dimulut2 mereka adalah merupakan alasan2 yang 'sangat logik lagi canggih' untuk menghalang diri mereka daripada cuba untuk mememenangi pertandingan atau sekurang2nya menyertai pertandingan. Persoalannya kenapa boleh terkeluar perkataan2 yang negatif daripada mulut peserta tersebut? Jawapannya ialah habit! "Alah, skolah kita takde taman.. macam mana nak buat?", "Alahai banyaknya kerja nak buat..." dsb. Apabila kita mempunyai habit tertentu, maka apa sahaja bentuk perkataan, pemikiran atau perbuatan yang kita lakukan akan berlaku secara spontan tanpa dirancang; dan ini lama-kelamaan akan manjadi perangai / akhlak kita (takrif akhlak menurut Imam Ghazali - Bimbingan Mukmin, ringkasan Ihya Ulumuddin).

Natijahnya, kita akan mempunyai 'negative minded'. Kita sering mendengar orang kata "Cakap memang senang, nak buat tu yang susah". Memang saya sendiri pun akui kebenaran kata2 ini. Sebab itulah dalam rukun Islam sendiri pekerjaan haji itu diletakkan pada tempat terakhir / ke-5 kerana ibadah haji memerlukan pergekan kinestatik (action oriented), malah tiada bacaan khusus semasa mengerjakan haji. Yang dititik beratkan ialah niat dan perbuatan (saya telah merujuk perkara ini daripada ustaz2).

Kita perlu ingat susah tak bermakna mustahil! Semua perkara boleh dilakukan dengan syarat kita mulakan dengan 'habit' 'positive minded'. Kita boleh mulakan dengan cara mengindari habit melayan gosip, bergaul dengan rakan2 yang positif dsb..

No comments: