Tuesday, July 28, 2009

Buat apa yang kita tak suka

Pada 24-26 Julai 09 yang lepas saya telah pergi ke kem motivasi di Labuan. Para peserta yang hadir terdiri daripada pelajar tingkatan lima daripada gabungan beberapa buah sekolah di Labuan termasuk SMK Seri Pantai, SM Sains, SM Teknik dan sebagainya. Tiga bulan akan datang, mereka akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan menentukan masa depan mereka dalam bidang akademik.

Saya telah berkesempatan berbicara dengan seorang pelajar yang berasal daripada semenanjung bernama Afifah. Beliau telah mengutarakan kepada saya satu soalan yang lazim ditanya oleh kebanyakan pelajar sekolah:

Afifah: “Cikgu, saya bercita2 untuk bekerja sebagai ahli fisioterapi tapi saya takut darah.”

Soalan yang sama pernah diajukan oleh seorang pelajar saya oleh pelajar tingkatan 5 Sains di SMK Yaakub Latif.

Saya menjawab, “Dalam hidup kita, seringkali apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara, kita terpaksa melakukan / menghadapi perkara yang kita tidak suka demi mencapai perkara2 yang kita suka.”

Saya teringat kata2 seorang ahli motivasi, “In order for us to do what we like to do, we have to do what we don’t like to do.”

Saya sendiri minat bidang elektromagnetik tetapi saya tidak suka kepada radiasi. Namun saya terus belajar subjek yang saya minat dan berjaya dalam subjek tersebut.

Jadi saya ucapkan khusus kepada Afifah dan semua para pelajar di Labuan agar terus bersungguh2 belajar dan fokus dalam menghadapi peperiksaan SPM akan datang. Buatlah apa yang anda minat dan saya doakan semoga anda semua berjaya disetiap bidang yang akan anda ceburi. Just be yourself and enjoy your study, I wish you all a very good luck!! J

p/s:

Terima kasih atas dedikasi yang diberikan oleh beberapa orang pelajar seperti Kamsul, Siti Hanisah binti Ahmad. Saya berbangga dapat bertemu dan berbicara walau sebentar dengan kamu semua. Saya doakan kejayaan kamu semua…

No comments: