Apabila kita mendengar perkataan Mind Maping (MM), secara automatic akan tergambar dalam pemikiran sebuah gambarajah yang mempunyai tajuk utama ditengah2 kertas kosong diikuti dengan anak2 panah yang terpacul keluar daripada tajuk utama kepada beberapa idea2 seterusnya. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan bentuk MM yang dilakarkan dalam kursus2 kem motivasi atau aktiviti2 di sekolah diaplikasikan dalam bentuk brain storming semata2. Tetapi tidak dalam bentuk catitan nota.
Faedah yang paling signifikan (penting) dalam membuat MM ialah para pelajar akan dalam gambaran keseluruhan bagi matapelajaran yang akan dipelajari sebelum guru2 kelas tamat mengajar subjek tersebut. Ini akan memberikan para pelajar idea awal mengenai topik2 yang bakal dipelajari dan sekurang2nya secara intuitif para pelajar tahu persoalan apa yang hendak ditanyakan kepada guru kelas mengenai topik2 yang berkenaan.
Di sini saya ingin berikan sedikit tips dalam penulisan MM:
1) Mesti menggunakan pelbagai warna (warna akan meransang otak kanan anda – ini akan menguatkan memori anda pada topik tersebut)
2) Tuliskan hanya keyword sahaja!
3) Satu cabang hanya untuk satu perkataan sahaja
4) Mulakan dengan topic utama ditengah dan subtopic disetiap cabang dan keyword disetiap subcabang.
5) Sertakan lukisan di mana2 ruang yang perlu (lukisan akan meransang daya kreativiti anda; dengan ini idea anda tidak akan mati)
Di bawah ini saya tunjukkan beberapa contoh MM yang dilukis oleh para pelajar daripada seluruh dunia dalam pertandingan MM yang dianjurkan oleh Tony Buzan (pengasas MM). Saya harap pelajar dapat memanfaatkan kaedah MM dalam penulisan nota anda semua. Selamat Berjaya! J
No comments:
Post a Comment