Telah diketahui umum bahawa Algebra telah diasaskan oleh Al-Khawarizmi - salah seorang ahli matematik Islam yang teragong. Beliau juga dikenali sebagai bapa Algebra. Algebra adalah satu kaedah matematik dalam memanipulasi satu2 persamaan atau fungsi matematik yang mengandungi pembolehubah, dan constant.
Dengan memahiri kaedah algebra, para pelajar akan dapat menyelesaikan kebanyakan masalah matematik dengan lebih tepat dan mudah. Perlu saya tekankan di sini supaya semua pelajar mesti menguasai ilmu ini dengan betul2 sehingga sempurna supaya kesalahan dalam menyelesaikan masalah matematik dapat dielakkan atau setidak2nya dapat diminimumkan.
Kaedah algebra ini digunakan dan diaplikasikan dalam mana2 topik matematik tidak kira dalam bidang operasi arithmetik mahupun calculus. Sepanjang pengalaman saya dalam melatih pelajar matematik, kebanyakan pelajar melakukan kesalahan dalam operasi matematik adalah disebabkan oleh kerana lemahnya penguasaan pelajar dalam memanipulasi formula algebra. Keluhan pelajar seperti:
"Alah.. saya 'give up'lah cikgu, bila buat latihan matematik asyik2 salah aje!!"
Bila saya perhatikan, rupa2nya pelajar tersebut tidak menguasai algebraic formulae. Persoalannya, bagaimana nak menguasai algebraic formulae? Sila baca post saya tentang 'Tips mempelajari matematik' dan praktikkannya. InsyaAllah anda pasti berjaya. Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment