Ramai pelajar pergi ke pusat2 tusyen dengan tujuan mendapatkan ilmu tambahan atau lanjutan daripada apa yang mereka pelajari di sekolah. Bagi anda yang bercadang hendak ke pusat tusyen, pernahkan anda bertanya pada diri anda, "Kenapa saya perlu tusyen?".
Saya ingin menyarankan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan jika ingin menyertai tusyen. Pertimbangkan:
1) Adakah cara guru yang mengajar di pusat tusyen sama dengan cara di sekolah anda? Jika sama, carilah guru tusyen yang lain.
2) Apakah yang anda harapkan daripada belajar tusyen? Anda perlukan 'drilling' atau latih tubi dan juga skill (kemahiran). Jika anda tidak memperolehi skill, beralihlah kepada guru tusyen yang lain.
Semoga berjaya! :)
No comments:
Post a Comment