Akm wbt. Kali ini saya ingin membawa pendekatan yang agak berlainan sedikit daripada biasa. Tulisan saya kali ini lebih kepada bentuk pengetahuan am yang sangat penting diketahui oleh kesemua para pelajar muslim khususnya tanpa kecuali. Dalam ilmu sains, para pelajar akan / telah didedahkan dengan sistem reproduktif ataupun sistem peranakan/kelahiran yang berlaku pada manusia. Adalah satu kerugian yang amat besar jika kita mempelajari ilmu ini lalu menguasainya sehingga pelajar sekelian memperolehi pangkat ‘A’ tetapi dalam masa yang sama tidak nampak kebesaran dan kewujudan Allah s.w.t., iaitu Tuhan yang selama ini kita sembah dan mengakui keesaan-Nya. Saya akan menulis tentang kehebatan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan topik2 yang dipelajari dalam PMR dan SPM pada masa2 mendatang insya Allah. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:
“Kami akan perlihatkan pada mereka tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap sesuatu?”
(Fussilat: 53)
Dalam sistem peranakan, proses pengembangan janin adalah diterangkan sebagai berikut:
Proses berlaku di luar ovari
1) Ovum keluar daripada ovari perempuan.
Proses berlaku di tiub falopian
2) Sperma bersenyawa dengan ovum (fertilization) – pembentukan zygote.
3) Meiosis berlaku
4) Penggandaan sel – pembentukan embriyo.
Proses berlaku di uterus
5) Embriyo melekat di uterus – implantation.
6) Pembentukan foetus
Para pelajar perlu menghafal dan memahami turutan proses ini jika ingin menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Perhatikan ayat Al-Quran di bawah:
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka kerana sebenarnya Kami menciptakan kamu dari tanah, dan kemudian dari setitik air benih (sprema), kemudian dari sebuku darah beku (zygote), kemudian dari seketul daging (embriyo) yang disempurnakan kejadiannya (akan membentuk janin/bayi) dan yang tidak disempurnakan (akan menjadi placenta); kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu; dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (implantation) apa yang Kami rancang hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya (foetus); kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian hingga sampai peringkat umur dewasa; dan ada diantara kamu yang dimatikan dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang diketahuinya dahulu.”
(Al-Haj: 5)
Pada ayat lain, Allah s.w.t menyatakan proses pembentukan janin seperti di bawah:
“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada pati daripada tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu air benih (sperm) pada penetapan yang kukuh (rahim/uterus); Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku (a’laqah). Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.”
(Al-Mu’minun: 12-14)
Di bawah ini saya nukilkan terminology yang digunakan oleh Al-Quran untuk istilah2 sperm, zygote dan feotus:
sperm / air mani - Nutfah
zygote / sebuku darah beku - A’laqah
foetus / seketul daging - Mudhghah
Perhatikan ayat2 di atas; kita dapat melihat dengan jelas Allah s.w.t. menerangkan proses pembentukan janin mengikut turutan dan tahap secara tepat dan jelas kepada kita. Di bawah ini saya sediakan cartalir bagi proses pembentukan janin seperti yang dipetik daripada Al-Quran:
Perlu diingat bahawa penemuan2 ini hanya baru diketahui oleh para saintis pada abad ke-20 ini; itupun semata2 setelah terciptanya peralatan sainfifik yang serba canggih. Sedangkan ayat Al-Quran ini telah pun diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. 1400 tahun yang lalu yang mana pada waktu itu perkembangan ilmu pengetahuan sangat2 mundur dan tidak seperti sekarang. Mana mungkin ayat2 ini ditulis oleh manusia, apatah lagi terdapat dakwaan bahawa ayat Al-Quran ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri sedangkan beliau adalah seorang yang ummi (buta huruf)? Sudah tentulah ayat2 ini dating daripada Allah s.w.t..
Rujukan:
Dr. Faruq Al-Syeikh Abd Al-Syeikh Njm Al-Adali, “Sains dari perspektif kitab samawi”, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Buku Sains PMR
No comments:
Post a Comment