Tentu anda biasa jumpa dengan rakan sekolah yang dikenali sebagai 'sikedekut ilmu'. Sewaktu disekolah dulu saya juga telah berjumpa dengan orang yang sebegini. Malangnya saya bertemu lagi dengan rakan sekelas yang juga kedekut ilmu. Saya merasa sangat hairan dan pelik dengan golongan kedekut ilmu ini. Agak2nya ke manakah nak dibawa ilmu yang mereka 'miliki' yang bersifat sementara itu?
Saya sangat yakin para pelajar sekelian tentu sering tersua dengan rakan2 yang kedekut ilmu ini. Apakah perasaan anda terhadap rakan2 yang kedekut ilmu ini? Tentu sakit hati bukan?Apakah yang akan anda lakukan apabila tersua dengan mereka? Bagi saya mudah sahaja - TINGGALKAN MEREKA!!! Ya, itu sahaja. TINGGALKAN MEREKA. Agaknya kenapa ya? Sebabnya mudah saja:
1) Ilmu mereka tidak dapat memberikan manfaat untuk orang lain selain daripada diri mereka sendiri sahaja.
2) Mereka sendiri adalah individu yang tidak ada manfaat kepada anda dan kepada masyarakat!
Kemudian apa yang anda harus buat?
1) Jadikan itu sebagai cabaran kepada diri anda. Anggap sahaja mereka itu mencabar kewibawaan anda sebagai pelajar yang cemerlang.
2) Anda perlu berusaha dengan lebih kuat, tekun dan gigih. Percayalah mereka sendiri pun sebenarnya tidaklah sepandai dan sebijak seperti yang anda sangka. :)
3) Rapatkan dan berdampinglah dengan guru2 anda.
4) Berdoalah pada Allah kerana segala sumber ilmu adalah daripada-Nya. Allah adalah sebaik2 guru dan sahabat.!
5) Cari rakan2 yang lain yang ingin maju sama seperti anda.
6) Ajarkan ilmu yang anda dapat kepada rakan2 anda.
Saidina Ali k.m.w. pernah berkata:
"Harta jika dibelanjakan lama-kelamaan akan habis tetapi ilmu jika disebarkan, ia akan semakin bertambah".
Percayalah! Cuba anda praktikkan tips2 yang saya berikan dan anda pasti akan lihat kemajuan yang ada pada diri anda!
Selamat mencuba! ;)
No comments:
Post a Comment