Monday, June 22, 2009

Tips Cara mengUlangkaji Matematik

Akm wbt.

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda sedikit tips bagaimana cara membuat ulangkaji Matematik. Sepanjang pengalaman saya mengajar tiusyen matematik, saya dapati bahawa kebanyakan pelajar sangat suka membuat latihan soalan contoh daripada buku teks atau rujukan sambil melihat jalan kerja yang telah disediakan di dalam buku tersebut.

Pada saya cara begini adalah salah kerana dengan melakukan begini akan mendatangkan perasaan 'takut buat salah' dalam diri pelajar semasa buat latihan. Perasaan takut ini akan menyekat daya kreativiti pelajar untuk menjawab latihan matematik tersebut mengikut gaya tersendiri (seperti yang telah ditetapkan oleh hukum2 matematik). Cara yang betul semasa membuat latihan matematik ialah bermula daripada soalan2 contoh yang disediakan dalam buku2 rujukan:

1) Lihat soalan sahaja! (tanpa melihat jalan kerja yang telah disediakan.
2) Semasa buat latihan ini, pelajar boleh malah digalakkan melihat formula2 yang berkaitan dengan soalan tersebut.
3) Jawab soalan dengan penuh yakin tanpa perlu risau sama ada jalan kerja yang anda lakukan adalah betul ataupun salah. (Sudah tentu kemungkinan besar akan salah; lagipun anda baru pertama kali membuat latihan tu kan? - So what do u aspect? :)
4) Just do it!!! Buat saja!!!
5) Setelah selesai menjawab, barulah lihat kepada jalan kerja seperti yang ditunjukkan oleh buku rujukan.
6) Sekiranya jawapan anda betul, teruskan dengan latihan yang seterusnya. Sekiranya jawapan anda salah, jangan buang kertas tu!! Sebaliknya, rujuklah ia kepada guru2 sekolah atau guru2 tiusyen anda.
7) Buat SEMUA soalan contoh yang ada.
8) Melalui langkah yang sama, buat SEMUA soalan latihan yang disediakan dalam buku rujukan anda TANPA TERKECUALI.

Sekian saja dulu tips saya buat masa ini. Berjumpa lagi untuk tips2 yang akan datang. Selamat mencuba!

- "We have no choice in this life but only to be the BEST!!"

Wednesday, June 17, 2009

Hati-hati memilih kawan

Memilih kawan adalah perkara sangat penting dalam hidup kita. Jika kita ingin lihat bagaimana keadaan kita sekarang dan bagaimana masa depan kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan pada masa ini. Ada berbagai jenis kawan. Kawan yang saya maksudkan di sini ialah kawan2 yang rapat dengan kita. Hari ini ada seorang pelajar sekolah menengah mengadu pada saya yang dia telah dipulaukan oleh rakan2 sekelas, hanya semata2 disebabkan dia rapat dengan guru kelasnya. Sebenarnya bukanlah dia rapat dengan guru kelas tetapi oleh kerana dia adalah seorang yang proaktif di dalam kelas, maka sudah tentulah gurunya akan memberikan perhatian yang lebih sedikit kepadanya - itu sahaja; tidak lebih daripada itu.

Sebelum ini gurunya (sayalah tu) sudah pun mendamaikan mereka tetapi nampaknya perkara yang sama berulang kembali. Jadi sebagai jalan penyelesaiannya saya perkenalkan dia dengan rakan2 yang baru (sudah tentu yang baik2 akhlaknya dan matang pemikirannya). Saya berpesan kepada beliau agar jangan risau tt rakan2 yang lain tu sebab kawan boleh dicari.

Sebenarnya, kawan2 kita mencerminkan siapa kita. Dan kalau kita ingin mengenali seseorang, kita boleh lihat dengan siapa dia berkawan sebab kawan2nya itulah melambangkan dirinya yang sebenar. Pepatah Inggeris ada menyatakan "Birds and feathers flock together". Dan inilah yang diperhatikan oleh Saidina Umar r.a. ketika memilih bakal2 gabenor yang bakal beliau lantik.

Seorang pakar motivasi di US mengatakan bahawa ada tiga faktor kejayaan:
1) Dengan siapa kita bergaul atau berkawan
2) Buku apa yang kita baca
3) Kursus apa yang kita ikut.

Saya sangat berhati2 dalam memilih kawan kerana kawan akan memberikan kesan secara langsung kepada peribadi kita. Jadi samalah kita memilih kawan2 yang positif kerana ini akan menyumbangkan kejayaan dalam hidup kita. Semoga berjaya.. amin! :)

Monday, June 15, 2009

Setiap alasan adalah BENAR!!!

Hari ini saya berpeluang berbicara dengan para pelajar sekolah menengah yang mengambil matapelajaran sains. Kebanyakan pelajar mendapat markah rendah pada peperiksaan pertengahan tahun baru2 ni.. Saya bertanya daripada hati ke hati kepada para pelajar tersebut;

"Kenapa kamu semua mendapat markah rendah dalam subjek sains baru2 ni?"

Alasan yang diberikan oleh kebanyakan pelajar ialah sebab tak faham bahasa Inggeris. Malah tak kurang juga yang 'memberontak' kerana tidak setuju matapelajaran sains diajarkan dalam bahasa Inggeris! "Susahlah cikgu guna bahasa Inggeris ni!!", "Dulu masa saya belajar sains dalam bahasa Melayu selalu dapat markah tinggi, sekarang nih.... selalu dapat markah rendah.." dan macam2 lagilah alasan yang diberikan.

Padalah sebelum ini saya telah berpesan supaya membawa kamus di dalam kelas dan gunakan kamus setiap kali mengulangkaji pelajaran sains. Bila saya tanya,"Kamu ada buat ke macam yang saya pesan?". Sambil tersengih2 mereka menggelengkan kepala mereka cakap,"Tak cikgu..". Alasan? tak perlulah ditanya kerana tidak ada sebab lain selain daripada 'malas nak bukak kamus', 'malas nak bawak, beg berat' dsb..

Kemudian bila saya tanya,"Berapa ramai dalam kelas ni yang fail subjek bahasa Inggeris pada ujian yang lepas, cuba angkat tangan?". Cuma sedikit sahaja yang  angkat tangan. Ini bermaksud kebanyakan pelajar memahami bahasa Inggeris! Namun bila bila ditanya kenapa masih juga tidak faham sains? Mereka memberi alasan, "Tak faham teori....", bla.. bla.. bla..

Syam: "Habis tu kenapa tak tengok kamus?"

Pelajar: Diam

Syam: "Kenapa tak tanya cikgu?"

Pelajar: Diam

Moral of the story; jangan suka cipta alasan kerana alasan hanya akan menghalang kita daripada terus maju ke hadapan. Kita terlalu banyak fikirkan tentang masalah tanpa memikirkan penyelesaian. Jutawan terkenal dunia Donald Trump berpesan:

"Focus on the solution (Fokuslah pada penyelesaian)"

Apabila kita fokus pada penyelesaian, kita akan menjadi lebih kreatif dan daya pemikiran kita akan berkembang dan insyaAllah pasti akan dapat penyelesaiannya. Percayalah kerana ini adalah janji Allah! Dari manakah datangnya masalah kalau bukan dari Allah? Dari manakah pula datangnya penyelesaian kalau bukan dari Allah jua?" Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu itu berpasang-pasang, sama ada yg dikeluarkan dari bumi atau pada diri kamu. sama ada kamu mengetahui atau tidak".- (Surah Yasin, ayat 36).

Perhatikan perkataan2 yang saya 'bold'kan. Ayat ini dengan terang menyatakan setiap sesuatu ada pasangan; ini bermakna jika ada masalah, pasti ada PENYELESAIANnya... Jadi kepada semua pelajar, hentikanlah sikap memberi alasan dan gantikanlah ia dengan KEJAYAAN! Saya akan sentiasa bersama2 anda semua! Selamat maju jaya! :)

Sunday, June 14, 2009

Kesilapan adalah Ilmu

Ramai di antara kita (termasuk saya) hari yang takut melakukan kesilapan. Natijahnya kita takut mencuba sesuatu yang baru. Tetapi hakikatnya, kesilapan itu sebenarnya adalah satu ilmu baru bagi kita jika kita pandai mengambil iktibar daripadanya.

Jika kita ingin mencuba sesuatu perkara yang baru, setelah mempertimbangkan segala faktor, jangan takut untuk melangkah kerana setiap langkah adalah ilmu yang baru. Bagi yang telah melakukan kesilapan tertentu, berhati2 agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulangkali. Jika kita melakukan kesilapan yang sama berulangkali, bermakna kita rugi kerana kita tidak mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut. Apatah lagi jika kita seorang muslim, Nabi Muhammad saw melarang kita melakukan kesilapan yang sama dua kali sebagaimana sabda baginda:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
ari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)

Biarlah kesilapan kedua yang kita lakukan adalah kesilapan yang lain supaya ada peningkatan dalam pembelajaran hidup kita. Mudah2an kita sama2 dapat mengambil pengajaran.. Amin!! :)

http://www.klikjutawan.com/recommends/rahsiajutawan2009

Tuesday, June 9, 2009

Berjaya dengan usaha

Akm wbt;

Har ni saya mengajar tiusyen mathematic untuk pelajar PMR. Dalam proses pengajaran, saya menekankan konsep drilling kepada pelajar. Ini adalah mengasah kemahiran mereka setelah mereka mempunyai ilmu mathematik. Saya mengajar topik Algebraic expression. Algebraic expression adalah satu topic yang amat2 penting dikuasasi oleh semua pelajar matematic kerana pemahaman dan kemahiran terhadap topik ini akan digunapakai dalam mana2 topic yang akan dipelajari seterusnya; baik diperingkat PMR, SPM, STPM hinggalah ke universiti dan dialam pekerjaan nanti.

Suka saya ingatkan kepada para pelajar supaya jangan sekali2 jemu untuk membuat latihan (muntah pun muntahlah asalkan kamu semua menguasai topik ini). Apakah yang akan terjadi jika anda tak dapat menguasai topik ini? Susah bagi anda untuk menguasai topik2 lain. Percayalah kata2 saya. Jadi jangan jemu berusaha. Smoga berjaya! :)

Sunday, June 7, 2009

Hormat Guru Berkat Ilmu

Akm wbt. & Hi;

Pada 1 hingga 4 June 2009 yang lalu saya telah memberikan ceramah mnotivasi kepada para pelajar darjah 6 di SRK Desa Pandan, Kuala Lumpur. Sambutan yang diberikan oleh semua pelajar sangat menggalakkan, alhamdulillah. :)

Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda semua ialah satu isu penting yang sempat saya utarakan ialah Menghormati Guru. Hari ini ramai pelajar yang tinggi daya pemikiran tetapi kurang menghormati guru2 mereka. Saya mendapat response begini hasil daripada perbualan dengan guru2 skolah yang saya kenali.

Kepada semua sahabat2, ingin saya pesan bahawa hormatilah guru2 kita kerana ini akan memberikan keberkatan ilmu yang kita pelajari. Apakah maksud berkat? Dengan adanya keberkatan ilmu, maka ianya akan menjadi sumber kebahagiaan dalam hidup kita. Perkataan lain yang boleh disamakan dengan berkat ini ialah 'Good Karma'. Jika kita tidak menghormati guru2 kita, percayalah hidup kita takkan bahagia.

Marilah kita sama2 menghormati guru2 kita semua agar memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat, amin!