Friday, August 28, 2009

Kebesaran Allah dalam Sistem Reproduktif (Embriologi)

Akm wbt. Kali ini saya ingin membawa pendekatan yang agak berlainan sedikit daripada biasa. Tulisan saya kali ini lebih kepada bentuk pengetahuan am yang sangat penting diketahui oleh kesemua para pelajar muslim khususnya tanpa kecuali. Dalam ilmu sains, para pelajar akan / telah didedahkan dengan sistem reproduktif ataupun sistem peranakan/kelahiran yang berlaku pada manusia. Adalah satu kerugian yang amat besar jika kita mempelajari ilmu ini lalu menguasainya sehingga pelajar sekelian memperolehi pangkat ‘A’ tetapi dalam masa yang sama tidak nampak kebesaran dan kewujudan Allah s.w.t., iaitu Tuhan yang selama ini kita sembah dan mengakui keesaan-Nya. Saya akan menulis tentang kehebatan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan topik2 yang dipelajari dalam PMR dan SPM pada masa2 mendatang insya Allah. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

“Kami akan perlihatkan pada mereka tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap sesuatu?”

(Fussilat: 53)

Dalam sistem peranakan, proses pengembangan janin adalah diterangkan sebagai berikut:

Proses berlaku di luar ovari

1) Ovum keluar daripada ovari perempuan.

Proses berlaku di tiub falopian

2) Sperma bersenyawa dengan ovum (fertilization) – pembentukan zygote.

3) Meiosis berlaku

4) Penggandaan sel – pembentukan embriyo.

Proses berlaku di uterus

5) Embriyo melekat di uterus – implantation.

6) Pembentukan foetus

Para pelajar perlu menghafal dan memahami turutan proses ini jika ingin menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Perhatikan ayat Al-Quran di bawah:

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka kerana sebenarnya Kami menciptakan kamu dari tanah, dan kemudian dari setitik air benih (sprema), kemudian dari sebuku darah beku (zygote), kemudian dari seketul daging (embriyo) yang disempurnakan kejadiannya (akan membentuk janin/bayi) dan yang tidak disempurnakan (akan menjadi placenta); kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu; dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (implantation) apa yang Kami rancang hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya (foetus); kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian hingga sampai peringkat umur dewasa; dan ada diantara kamu yang dimatikan dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang diketahuinya dahulu.”

(Al-Haj: 5)

Pada ayat lain, Allah s.w.t menyatakan proses pembentukan janin seperti di bawah:

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada pati daripada tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu air benih (sperm) pada penetapan yang kukuh (rahim/uterus); Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku (a’laqah). Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.”

(Al-Mu’minun: 12-14)

Di bawah ini saya nukilkan terminology yang digunakan oleh Al-Quran untuk istilah2 sperm, zygote dan feotus:

sperm / air mani - Nutfah

zygote / sebuku darah beku - A’laqah

foetus / seketul daging - Mudhghah

Perhatikan ayat2 di atas; kita dapat melihat dengan jelas Allah s.w.t. menerangkan proses pembentukan janin mengikut turutan dan tahap secara tepat dan jelas kepada kita. Di bawah ini saya sediakan cartalir bagi proses pembentukan janin seperti yang dipetik daripada Al-Quran:


Perlu diingat bahawa penemuan2 ini hanya baru diketahui oleh para saintis pada abad ke-20 ini; itupun semata2 setelah terciptanya peralatan sainfifik yang serba canggih. Sedangkan ayat Al-Quran ini telah pun diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. 1400 tahun yang lalu yang mana pada waktu itu perkembangan ilmu pengetahuan sangat2 mundur dan tidak seperti sekarang. Mana mungkin ayat2 ini ditulis oleh manusia, apatah lagi terdapat dakwaan bahawa ayat Al-Quran ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri sedangkan beliau adalah seorang yang ummi (buta huruf)? Sudah tentulah ayat2 ini dating daripada Allah s.w.t..

Rujukan:

Dr. Faruq Al-Syeikh Abd Al-Syeikh Njm Al-Adali, “Sains dari perspektif kitab samawi”, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Buku Sains PMR

Sunday, August 23, 2009

Bila anda perlu tusyen?

Ramai pelajar pergi ke pusat2 tusyen dengan tujuan mendapatkan ilmu tambahan atau lanjutan daripada apa yang mereka pelajari di sekolah. Bagi anda yang bercadang hendak ke pusat tusyen, pernahkan anda bertanya pada diri anda, "Kenapa saya perlu tusyen?".

Saya ingin menyarankan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan jika ingin menyertai tusyen. Pertimbangkan:

1) Adakah cara guru yang mengajar di pusat tusyen sama dengan cara di sekolah anda? Jika sama, carilah guru tusyen yang lain.

2) Apakah yang anda harapkan daripada belajar tusyen? Anda perlukan 'drilling' atau latih tubi dan juga skill (kemahiran). Jika anda tidak memperolehi skill, beralihlah kepada guru tusyen yang lain.

Semoga berjaya! :)

Sunday, August 16, 2009

Kepentingan menguasai Algebraic Formulea

Telah diketahui umum bahawa Algebra telah diasaskan oleh Al-Khawarizmi - salah seorang ahli matematik Islam yang teragong. Beliau juga dikenali sebagai bapa Algebra. Algebra adalah satu kaedah matematik dalam memanipulasi satu2 persamaan atau fungsi matematik  yang mengandungi pembolehubah, dan constant. 

Dengan memahiri kaedah algebra, para pelajar akan dapat menyelesaikan kebanyakan masalah matematik dengan lebih tepat dan mudah. Perlu saya tekankan di sini supaya semua pelajar mesti menguasai ilmu ini dengan betul2 sehingga sempurna supaya kesalahan dalam menyelesaikan masalah matematik dapat dielakkan atau setidak2nya dapat diminimumkan.

Kaedah algebra ini digunakan dan diaplikasikan dalam mana2 topik matematik tidak kira dalam bidang operasi arithmetik mahupun calculus. Sepanjang pengalaman saya dalam melatih pelajar matematik, kebanyakan pelajar melakukan kesalahan dalam operasi matematik adalah disebabkan oleh kerana lemahnya penguasaan pelajar dalam memanipulasi formula algebra. Keluhan pelajar seperti:

"Alah.. saya 'give up'lah cikgu, bila buat latihan matematik asyik2 salah aje!!"

Bila saya perhatikan, rupa2nya pelajar tersebut tidak menguasai algebraic formulae. Persoalannya, bagaimana nak menguasai algebraic formulae? Sila baca post saya tentang 'Tips mempelajari matematik' dan praktikkannya. InsyaAllah anda pasti berjaya. Selamat mencuba! :)

Sunday, August 9, 2009

Jangan kedekut llmu

Akm wbt.;

Tentu anda biasa jumpa dengan rakan sekolah yang dikenali sebagai 'sikedekut ilmu'. Sewaktu disekolah dulu saya juga telah berjumpa dengan orang yang sebegini. Malangnya saya bertemu lagi dengan rakan sekelas yang juga kedekut ilmu. Saya merasa sangat hairan dan pelik dengan golongan kedekut ilmu ini. Agak2nya ke manakah nak dibawa ilmu yang mereka 'miliki' yang bersifat sementara itu?

Saya sangat yakin para pelajar sekelian tentu sering tersua dengan rakan2 yang kedekut ilmu ini. Apakah perasaan anda terhadap rakan2 yang kedekut ilmu ini? Tentu sakit hati bukan?Apakah yang akan anda lakukan apabila tersua dengan mereka? Bagi saya mudah sahaja - TINGGALKAN MEREKA!!! Ya, itu sahaja. TINGGALKAN MEREKA. Agaknya kenapa ya? Sebabnya mudah saja:

1) Ilmu mereka tidak dapat memberikan manfaat untuk orang lain selain daripada diri mereka sendiri sahaja.
2) Mereka sendiri adalah individu yang tidak ada manfaat kepada anda dan kepada masyarakat!

Kemudian apa yang anda harus buat?

1) Jadikan itu sebagai cabaran kepada diri anda. Anggap sahaja mereka itu mencabar kewibawaan anda sebagai pelajar yang cemerlang.
2) Anda perlu berusaha dengan lebih kuat, tekun dan gigih. Percayalah mereka sendiri pun sebenarnya tidaklah sepandai dan sebijak seperti yang anda sangka. :)
3) Rapatkan dan berdampinglah dengan guru2 anda.
4) Berdoalah pada Allah kerana segala sumber ilmu adalah daripada-Nya. Allah adalah sebaik2 guru dan sahabat.!
5) Cari rakan2 yang lain yang ingin maju sama seperti anda.
6) Ajarkan ilmu yang anda dapat kepada rakan2 anda.

Saidina Ali k.m.w. pernah berkata:

"Harta jika dibelanjakan lama-kelamaan akan habis tetapi ilmu jika disebarkan, ia akan semakin bertambah".

Percayalah! Cuba anda praktikkan tips2 yang saya berikan dan anda pasti akan lihat kemajuan yang ada pada diri anda!

Selamat mencuba! ;)

Friday, August 7, 2009

Utamakan yang utama

Seringkali kegagalan kita adalah disebabkan kita tidak mengutamakan perkara yang paling penting. Sebaliknya kita lebih suka melakukan perkara yang kedua penting. Sedangkan kejayaan kita terletak pada perkara yang paling penting; tp ironinya perkara yang paling penting itulah yang paling kita tak suka buat. Marilah kita sama2 melakukan perkara yang paling penting demi kejayaan hidup kita.... ;)

Saturday, August 1, 2009

Tips buat nota Mind Maping

Apabila kita mendengar perkataan Mind Maping (MM), secara automatic akan tergambar dalam pemikiran sebuah gambarajah yang mempunyai tajuk utama ditengah2 kertas kosong diikuti dengan anak2 panah yang terpacul keluar daripada tajuk utama kepada beberapa idea2 seterusnya. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan bentuk MM yang dilakarkan dalam kursus2 kem motivasi atau aktiviti2 di sekolah diaplikasikan dalam bentuk brain storming semata2. Tetapi tidak dalam bentuk catitan nota.

Para pelajar juga kebanyakannya menulis nota dalam bentuk berstruktur dan detail dalam pembelajaran mereka – satu cara konvensional dalam membuat nota. Saya tidak mengatakan cara tersebut adalah salah dan tidak berkesan. Walaupun telah ramai pelajar yang mengikuti kursus2 yang berkaitan dengan MM tetapi malangnya mereka kebanyakannya gagal mengaplikasikannya dalam penulisan nota matapelajaran.

Faedah yang paling signifikan (penting) dalam membuat MM ialah para pelajar akan dalam gambaran keseluruhan bagi matapelajaran yang akan dipelajari sebelum guru2 kelas tamat mengajar subjek tersebut. Ini akan memberikan para pelajar idea awal mengenai topik2 yang bakal dipelajari dan sekurang2nya secara intuitif para pelajar tahu persoalan apa yang hendak ditanyakan kepada guru kelas mengenai topik2 yang berkenaan.

Di sini saya ingin berikan sedikit tips dalam penulisan MM:

1) Mesti menggunakan pelbagai warna (warna akan meransang otak kanan anda – ini akan menguatkan memori anda pada topik tersebut)

2) Tuliskan hanya keyword sahaja!

3) Satu cabang hanya untuk satu perkataan sahaja

4) Mulakan dengan topic utama ditengah dan subtopic disetiap cabang dan keyword disetiap subcabang.

5) Sertakan lukisan di mana2 ruang yang perlu (lukisan akan meransang daya kreativiti anda; dengan ini idea anda tidak akan mati)

Di bawah ini saya tunjukkan beberapa contoh MM yang dilukis oleh para pelajar daripada seluruh dunia dalam pertandingan MM yang dianjurkan oleh Tony Buzan (pengasas MM). Saya harap pelajar dapat memanfaatkan kaedah MM dalam penulisan nota anda semua. Selamat Berjaya! J


Rajah cara2 membuat MM

Rajah nota tentang Lateral thinking oleh Edward De Bono

Sedikit Sejarah tentang Micheal Faraday