Berikut
kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin sebelum
beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman web
paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.
“Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian. Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
Saudara
saudari yang saya kasihi,
Terlalu
berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6)
tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer
yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa
yang ada di lubuk hati saya.
Bagaimana
mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam
dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat
tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap
sebagai ahli keluarga sendiri?
Tiada
ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya
kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu
saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang
kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di
curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa
mengenal lelah dan jemu.
Saudara
saudari yang saya kasihi,
Apabila
saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap
sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui
sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai.
Saya
bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental
semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON,
saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga.
Tatkala
kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan
sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan
menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat
saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.
Kematangan
saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil
pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas
kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya
lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.
Saudara
saudari yang saya kasihi,
Saya
yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama
PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus
memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap
sesuatu.
Di
mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara
saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri
sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya.
Saya
yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan
YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada
automotif, insyaallah.
Saudara
saudari yang saya kasihi,
Sebagai
manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa,
tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan
sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.
Saya
pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan
pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan
saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga
saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu
dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum
alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan,
pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya
akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya.
Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
Akhir
kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl
Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.
“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
There you’ll be
Salam hormat dari saya, Syed Zainal
1 comment:
Secara peribadi saya sangat mengkagumi Dato Seri Zainal Abidin. Beliau boleh dijadikan model kontemporari pemimpin korporat islamik masakini... :)
Post a Comment