Thursday, November 10, 2011

Tak Seindah Wajah - Tan Sri Dato' S.M. Salim



Tak Seindah Wajah

Artist: S. M. Salim
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

1 comment:

AL said...

Saya memang meminati kebanyakan lagu2 yang didendangkan oleh Tan Sri SM Salim... Sebenarnya, secara peribadi saya meletakkan beliau pada ranking pertama daripada segi kemerduan suara penyanyi tanah air. Lenggok suara beliau sangat tajam dan sangat unik sehingga belum pernah saya mendengar penyanyi lain yang mempunyai kualiti suara yang sama sepertinya..

Lagu ini mengisahkan kehidupan sebenar di'luar' sana yang mana saya sendiri mengalaminya.. benarlah kata2 'Life is cruel' seperti yang kita biasa dengar... Semoga kita sama2 mendapat pengajaran daripada lirik lagu ini... :)