Leigh Anne Tuohy telah memberikan pendidikan yang sempurna kepada Micheal Oher sehingga mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Ole Miss dan telah menjadi pemain American football yang terkenal sehingga sekarang. Di dalam sukan tersebut, Micheal Oher telah berperanan sebagai pemain pertahanan terbaik dan dalam masa yang sama mendapat keputusan yang sangat cemerlang di pusat pengajian tinggi sehingga dianugerahkan sijil dekan.
Filem ini membuatkan saya terfikir bahawa rupa-rupanya terdapat segolongan orang-orang Kristian yang sangat baik hati budinya seperti Leigh Anne Tuohy sebagaimana sifat-sifat yang sangat dituntut dalam agama Islam. Bukanlah bermakna saya menyarankan kita semua perlu mempelawa sesiapa sahaja untuk datang ke rumah kita untuk tumpang tidur. Pada saya apa yang berlaku pada keluarga Leigh Anne Tuohy adalah takdir Allah s.w.t. ke atas hamba-hambaNya tidak kita bangsa, agama atau warna kulit. Namun pada hemat saya, sikap dan hati yang terbuka Leigh Anne Tuohy harus diteladani oleh semua masyarakat tidak kira agama atau bangsa. Saya menyarankan anda semua tontonlah filem ini dan ambillah teladan daripada kisah benar yang telah diadaptasikan dalam filem ini.
2 comments:
sir, sy tgk citer nie menanges kot.. hahaha.. lagipon ni citer mmg from the true story.. xsangke ade gak org putih adopt org negro even time tu sentimen pkauman yg tinggi..
dlm citer tu ade elemen campus political, dimana org putih nie smgt universiti dorang kuat.. sume akan cube yg terbaeekk.. even Leigh Anne dan suaminye n anaknye from same university. Tapi kat Malaysia? Maybe majoriti rakyat malysia bkonsepkn 'blaja la kat mana2'.. kurangnya ksedaran n smangat mnyebabkn bangsa melayu bukan brada dlm kelas pertama di Malaysia ini. mungkin Org Melayu lebih gemar hiburan dan bpolitik daripada pendidikan dan kerjaya profesional.
-Sekadar Perkongsian :)
Hmm... satu pandangan yang baik tu... Terima kasih kerana beri komen yang membina... :)
Post a Comment