Thursday, April 15, 2010

Teguran seorang student

Semalam semasa tengah tanda kertas, saya jumpa mesej kritikan yang sangat tak profesional daripada seorang student. Kesian kerana bunyinya yang agak peribadi. Pelajar daripada section Kejuruteraan Electrik ini tidak berpuas hati kerana kurang latihan tutorial yang diberikan dalam kelas lantas terus menyalahkan lecturer (saya) atas kegagalan dan kemalasannya.

Setahu saya, di dalam nota yang saya berikan, terdapat begitu banyak soalan latihan tutorial tapi sepanjang semester ini, pelajar ini langsung tak pernah jumpa saya untuk bertanya saya tentang soalan yang telah dia buat malah beliau tak pernah langsung bertanya semasa di dalam kelas. Pada hal saya sering bertanya kepada para pelajar, "Ada apa yang tak faham ke?" atau "Ada apa2 soalan?".

Jadi apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pelajar seperti ini? Ini kesimpulan saya; pelajar ini:
1) Sudah biasa spoonfeed (sudah tentu sudah terbiasa daripada sekolah).
2) Tak independent atau tak pandai berdikari. Semuanya nak didepan mata.
3) Seorang yang suka tunggu dan lihat. Tidak ada inisiatif (memulakan dahulu sesuatu perkara) sebelum pensyarah mulakan. Ini adalah sikap seorang pengemis dan rendah harga diri.
4) Manja - oh maaf, saya belum pernah jumpa orang manja yang berjaya dalam hidup kecuali kalau dia berjaya dengan cara yang kejam!
5) Masalah komunikasi - tak pandai menegur dengan cara yang bijaksana jadi terpaksalah dia menegur dengan cara yang tak matang.
6) Terlalu banyak ciri2 negetif dalam diri..
7) IQ mungkin ada. Tapi EQ zero..

Kepada semua pelajar, kalau nak menegur orang, tolong tegur dengan cara yang betul. Cakap dengan penuh hikmah dan sopan santun; insya Allah orang lain akan terima pandangan anda. Ingatlah satu perkara. Orang lain tak akan kagum dengan kita hanya kerana kita tinggi ilmu, tapi mereka akan mengkagumi kita jika kita punyai personaliti yang matang dan pandai menghormati orang lain...

See u all at the top!

No comments: